Pages

Saturday, July 23, 2011

BINCANGAN ISU-ISU MORAL

SOALAN 1 ( 2 MARKAH)
 GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA SEMAKIN BERLELUASA. BERIKAN KOMEN ANDA.

SOALAN 2 ( 8 MARKAH)
  PELAJAR KINI TERLALU BEBAS DALAM PERGAULAN MEREKA. MEREKA JUGA BEBAS MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL. SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN? MASYARAKAT? SEKOLAH? IBU BAPA? ATAU RAKAN SEBAYA?


14 comments:

  1. Soalan 1: Remaja pada masa kini kekurangan didikan agama. Remaja mudah terjebak ke dalam gejala sosial kerana tidak berpegang kepada prisip agama yang utuh.
    Soalan 2: Pada pandangan saya, ibu bapa, rakan sebaya, sekolah, masyarakat dan individu itu sendiri perlu dipersalahkan dalam hal ini. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah setiap pelajar. Keruntuhan institusi kekeluargaan masa kini memberikan impak yang besar terhadap psikologi pelajar. Mereka yang berasa tertekan dengan masalah keluarga cenderung mencari ketenangan di luar. Rakan sebaya pada kebiasaannya dijadikan tempat mengadu masalah. Pelajar yang tidak mempunyai jati diri yang kukuh akan terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan. Mereka bebas bertindak di dunia luar yang teah dijadikan tempat berhibur dan rumah kedua mereka. Pihak sekolah pula kurang peka terhadap gejala pergaulan bebas yang berlaku. Masyarakat yang bersikap individualistik hanya berpeluk tubuh walaupun gejala ini semakin berleluasa.

    ReplyDelete
  2. soalan 1.keadaan sebegini boleh berlaku adalah disebabkan unsur-unsur negatif yang disebar luas melalui media massa terutama melalui laman web.Rakan sebaya juga merupakan aspek penting yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

    soalan 2. pada pendapat saya individu tersebut yang perlu disalahkan terlebih dahulu.Hal ini demikian kerana mereka sendiri tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan seterusnya menjadi mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar seperti pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga,ataupun pandangan masyarakat. Sekiranya individu tersebut mempunyai pegangan agama yang kukuh, dia tidak akan mengubah dirinya untuk menarik perhatian orang lain.

    ReplyDelete
  3. Soalan 1 : Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Keadaan ini berlaku kerana, ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Setelah keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

    Soalan 2 : Pada pandangan saya,dalam hal ini jika dilihat dari segi punca-punca pelajar terlalu bebas dalam pergaulan seterusnya menyumbang kearah hubungan seks bebas kesemua aspek ini boleh dipersalahkan.Masyarakat pada masa kini lebih bersikap mementingkan diri sendiri dan kurang prihatin dengan keadaan luar walaupun gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing.Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam setiap perkara meskipun perkara itu membawa kepada kebaikkan mahupun keburukan.Remaja yang kurang motivasi akan mudah terpengaruh dengan aktiviti rakan sebaya tanpa memikirkan kesannya.Oleh itu,pemilihan rakan sebaya sangat penting bagi remaja agar tidak terjebak dalam gejala sosial terutama seks bebas.Pihak sekolah pula tidak mengetatkan peraturan disiplin sekolah dan kurang peka terhadap gejala pergaulan bebas yang semkin menular dalam kalangan pelajar.Selain itu,krisis keluarga yang
    menyebabkan kawalan sosial ke atas
    anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh
    dan mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri dari rumah, bergaul dengan
    kawan-kawan yang jahat dan dari sini bermulalah
    segala masalah sosial seperti pergaulan bebas.Aspek yang paling penting ialah individu remaja itu sendiri.Individu yang terjebak dalam gejala sosial kurang mempunyai motivasi dalam diri dan tidak menerapakan nilai-nilai moral dalam kehidupan .Kesimpulannya,untuk membendung masalah gejala sosial ini daripada terus menular,individu setiap remaja dan pelbagai pihak yang terlibat harus berganding bahu serta memainkan peranan masing-masing. Jika semua pihak dapat bekerjasama seperti mana yang diharapkan, tidak ada sebab mengapa masalah pergaulan bebas di kalangan remaja tidak dapat dibendung.

    ReplyDelete
  4. LIM LI TING
    1)Gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin berleluasa kerana mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.Remaja yang kemarau kasih sayang akan melakukan apa-apa sahaja perbuatan sama ada betul atau salah semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa terhadap mereka.

    2)Pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan bebas.Hal ini berlaku demikian kerana pelajar sendiri yang tiada keimanan yang kuat terhadap agama barulah mudah dan bebas terjebak dalam pergaulan bebas.
    Selain itu,ibu bapa juga harus dipersalahkan kerana mereka tidak meluangkan masa yang mencukupi untuk menemani anak-anak mereka,berkongsi masalah dengan mereka.Natijahnya,menyebabkan mereka tidak disekat untuk melibatkan diri dalam pergaulan bebas.
    Di samping itu,masyarakat kini yang bersifat individualistik, langsung tidak menghiraukan anak-anak negara yang kian berubah.Mereka tidak ingin dan berpeluk tubuh untuk membantu anak-anak yang kebuntuan jalan atau mengalami kemarau kasih sayang.Pelajar sebegini akan mula mencari sesuatu tempat untuk meluahkan perasaan dan persoalan mereka.
    Di sekolah,pelajar yang cemerlang selalu mendapat tumpuan ramai,padahal,pelajar yang kurang memuaskan selalu tidak dipandang mahupun dihirau oleh guru-guru.Masa inilah,mereka akan bergaul dan terpengaruh oleh kawan-kawan buruk untuk berkecimpung dalam gejala sosial terutamanya melibatkan diri dalam pergaulan bebas tidak kira jantina apa-apa sahaja.

    ReplyDelete
  5. Soalan 1: Pertama sekali,keadaan tersebut terjadi disebabkan oleh pengaruuh rakan sebaya.Kedua, kekurangan didikan agama dan moral juga menyebabkan gejala sosial berlaku secara berleluasa.Ketiga, ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.

    Soalan 2: Berdasarkan pernyataan di atas, saya berpendapat bahawa tiada orang yang harus dipersalahkan sebaliknya semua orang termasuk sendirinya patut bertanggungjawab untuk membentuk sahsiah diri yang baik.Hal ini demikian, individu tersebut seharusnya sedar bahawa dirinya merupakan insan modal dan tidak patut melibatkan diri dalam gejala sosial.Selain itu, pihak sekolah harus memperketat peraturan-peraturan sekolah bagi mengurangkan kes disiplin pelajar. Tambahan pula, ibubapa sepatutnya mengawal tingkah laku anak-anak dengan selalu mengambil berat dan perhatian terhadap mereka kerana anak-anak memerlukan sokongan dan perhatian ibubapa.Di samping itu, seseorang itu harus bijak memilih rakan kerana rakan yang bersikap negatif hanya akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan sebaliknya,rakan yang bersikap yang positif dapat membantu dan menonjolkan keakhlakan mulia seseorang.

    Intihanya, kerjasama semua pihak termasuk dirinya,ibubapa,pihak sekolah dan masyarakat sangat diperlukan bagi mengatasi masalah gejala sosial ini.Saya amat berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi masa depan insan modal yang cerah.Selain itu, sekiranya gejala sosial ini dibanteras dan dikurangkan, maka negara kita akan hidup dalam keadaan aman damai.

    ReplyDelete
  6. Jawapan:
    Soalan 1:
    Saya memang bersetuju dengan status di atas.Pada pendapat saya, kedangkalan didikan agama menyebabkan remaja tidak dapat membeza antara kaca dengan permata sehingga terjebak dalam gejala sosial. Remaja meniti di ambang kedewasan dan masih belum keras ubun-ubun mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang terpapar dalam media elektronik. Mereka akan meniru tingkah laku yang dipaparkan dalam televisyen tanpa berfikir dua kali.
    Soalan 2:
    Pada pandangan saya, ketandusan kasih sayang menyebabkan remaja kehilangan tempat bergantung. Mereka turut melibatkan diri dalam gejala sosial untuk mendapat perhatian ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam pembentukan corak kehidupan anak-anak. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak remaja mereka.Ibu bapa juga mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Selain itu, pihak sekolah yang mengutamakan sistem peperiksaan yang seolah-olah tiada penghujung meyebabkan murid remaja berasa tertekan. Hal ini menyebabkan mereka melibatkan diri dalam vandalisme untuk melepaskan tekanan. Dengan itu, sistem pendidikan sewajarnya mementingkan perkembangan sahsiah pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar.

    ReplyDelete
  7. LING KA YIN:
    soalan 1:
    Faktor utama adalah yang berkaitan dengan unsur dalaman diri remaja. Faktor dalaman yang berkaitan dengan perkembangan minda dan emosi adalah terjana secara langsung daripada input latar belakang keluarga , agama, moral, dan ilmu pengetahuan .


    soalan 2:
    Pada pendapat saya, faktor persekitaran memainkan peranan yang bukan sedikit untunk membentuk imej remaja. Remaja lazimnya begitu sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, , peranan media massa sama ada media cetak atau media elektronik juga amat mempengaruhi perubahan sikap remaja. Remaja dalam usia mereka amat sensitif terhadap benda baharu dan mereka mempunyai perasaan ingin cuba yang kuat terhadap sesuatu yang tidak perlu berlaku , seperti:terlibat dalam hubungan seksual.Perkara baru yang dibawa masuk oleh media massa seperti filem yang mengandungi komponen lucah amat pantas menguasai rentak dan trend pemikiran remaja. Ibubapa juga berperanan penting dalam mendidik anak -anak mereka . Ibubapa seharusnya menjadi teladan yang baik kepada anak mereka . Hal ini demikian remaja yang tidak berupaya berfikir matang akan mengikut jejak segala perbuatan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka termasuklah perbuatan positif ataupun negatif sejak kecil lagi. Kekurangan didikan agama atau moral juga akan menyebabkan remaja melibatkan diri dalam kegiatan buruk , contohnya , hubungan seksual yang bebas. Hal ini demikian mereka tidak tahu menghargai diri.

    ReplyDelete
  8. HENG GUET YING
    1.Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin berleluasa.Punca utama ialah kekurangan kasih sayang keluarga.Dengan ini,ibubapa perlu meluaskan kasih sayang yang cukupnya terhadap anak-anak supaya mereka sentiasa berasa disayangi.Bukan sahaja,pengaruh rakan sebaya turut dijadi salah satu punca.Oleh demikian,ibu bapa perlu prihatin terhadap tingkalaku anak samaada dalam sekolah atau di luar.
    2.Pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan mereka khususnya hubungan seksual disebab kurang didikan agama dan pendidikan moral dalam jati diri.Ibu bapa,sekolah dan rakan sebaya harus dipersalahkan.Ibu bapa melakukan kesalahan yang paling serius.Kanak-kanak diibarat sebagai kain putih ,sebagai ibu bapa perlu merwarnakan kain itu dengan berwarna-warni bukanlah biarnya ditepi.Ibubapa perlu memberi pendidikan moral kepada anak-anak sejak kecil.Pendidikan amat penting kepada setiap individu tanpa pendidikan individu tidak akan menguruskan diri dengan terkawal.Di sekolah,pelajar akan sentiasa bergaul dengan kawan-kawan.Pelajar mudah dipenaruhi rakan sebaya.Masa kini ,masalah ini sering berlaku dan berada dalam tahap kebimbangan.Dengan ini ibubapa perlu prihatin terhadap perbuatan anak-anak dan kawan-kawan anak yang sentiasa bergaulan.Sekolah juga dipersalahkan kerana pihak kaunselor kurang mengadakan ceramah tentang impak pergaualan bebas kepada pelajar.selain itu,pihak sekolah perlu bekerjasama dengan ibubapa untuk mengadakan hari berkomunikasi.Saya janji masalah ini akan dikawal.Masyarakat juga dipersalahkan kerana bersikap individualistik.Sebagai warga perlu prihatin terhadap masalah ini sebaliknya pelajar perlu berfikir rasionl sebelum bertindak dan menanam nilai harga diri.

    ReplyDelete
  9. Liang yan pei

    soalan 1 -
    Pasa masa kini , gejala sosial di kalangan remaja semakin berluasa di negara kita . Hal ini demikian kerena mereka kurang mempunyai didikan agama masing-masing . Selain itu, mereka kurang mempunyai kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa dan mereka saling bergaul dengan rakan sebaya.

    soalan 2-
    Pada pendapat saya, masyarakat, ibu papa , pihak sekolah dan rakan sebaya juga perlu disalahkan dalam keadaan ini. Hal ini demikian kerana ibu bapa kurang memberikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka, khususnya ibu bapa yang sibuk mencari nafkah di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengambil berat tentang tingkah laku pelajar dan perlu memberikan kaunseling kepada pelajar tersebut. Dalam hal ini, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing supaya dapat mengatasi masalah ini.pendidikan agama perlu diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

    ReplyDelete
  10. Lau Xin Yi
    Soalna 1)Pada pendapat saya, punca dominan berleluasan gejala soaial di kalangan remaja ialah kekurangan kasih sayang daripada ibubapa.Kesibukan ibubapa dalam mengejar kewangan, kualiti hidup yang tinggi, dan status tinggi dalam masyarakat telah menyebabkan mereka kurang mengambil berat tentang fizikal dan mental anak mereka. Remaja yang dari keluarga ini mudah bergaul dengan rakan yang tidak baik. Mereka akan melakukan gejala sosial seperti merokok, ponteng sekolah dan membuli murid-murid yang lemah untuk mendapatkan perhatian daripada ibubapa mereka.

    Soalan 2) Pada pendapt saya, semua pihak telah terlibat dalam perkara ini. Remaja merupakan tiang negara kita. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga, memelihara dan mengajar remaja kita. Kebebasan pengaulan dalam kalangan remaja lebih disebabkan oleh masyarakat kita yang banyak sekali dipengaruhi oleh budaya-budaya barat yang berfikiran terbuka dalam hubungan seks. Hal ini demikian kerana masyrakat kini lebih gemar mengikut ala barat. Mereka menganggapkan ala barat merupakan satu fesyen. Selain itu, kebebasan penuh yang diberi oleh ibubapa kepada anak juga merupakan salah satu punca. Kebebasan ini mudah menyebabkan anak senang bergaul dengan rakan tidak baik dan mengikut mereka pergi ke mana-mana tempat, buat apa-apa perkara hingga lewat malam. Seterusya, keimanan remaja yang rendah turut menyebabkan kebebasan dalam pengaulan mereka. Mereka mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya dan hiburan-hiburan. Di samping itu, kelonggaran peraturan sekolah telah menjadikan sekolah sebagai satu media untuk menyebarkan fikiran pengaulan bebas. Tambahan pula, sistem pelajaran yang mementingkan akademik pelajar telah menyebabkan pelajar yang lemah dalam pelajaraan mudah diabaikan oleh guru.Hal ini menyebabkan pelajar-palajar mudah melakukan pengaulan bebas untuk mendapat perhatian daripada guru.

    Soalan saya: Apakah yang harus kita buat untuk membendung masalah pengaulan bebas dalam kalangan remaja?

    ReplyDelete
  11. soalan 1: gejala sosial di kalangan remaja semakin berleluasa ialah kerana remaja kini kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ini telah mendorong mereka melibatkan diri dalam gejala sosial.

    Soalan 2: Pada pendapat saya, pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan ialah kerana mereka telah dipengaruh oleh rakan sebaya yang negatif. Mereka yang belum keras ubun-ubun serta mempunyai sikap ingin mencuba juga mendorong mereka terlibat dalam pergaulan babas. Selain itu, pelajar kini yang kurang mendapat asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa juga menyebabkan pelajar terlalu bebas dalam pergaulan mereka. Oleh itu, ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak supaya mereka tidak terlibat dalam perbuatan maksiat. Kekurangan remaja mendapat didikan agama juga merupakan salah satu punca mereka terlibat dalam pergaulan bebas. Pihak sekolah yang tidak memberi bimbingan kaunseling kepada pelajar-pelajar yang dalam pergaulan bebas juga menyebabkan masalah seksual semakin menular.

    ReplyDelete
  12. Soalan1: Saya setuju dengan pernyataan ini. Usul ini dapat dibuktikan dengan dada-dada akhbar yang penuh dengan berita-berita gejala sosial dalam kalangan remaja di negara kita.Gejala ini bukan sahaja mencemarkan nama baik negara kita tetapi turut melumpuhkan ekonomi negara kita. Palancongan asing tidak lagi berminat untuk melawat negara kita jika gejala sosial ini terus berlaku. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

    Soalan2: Pada pendapat saya, ibu bapa merupakan golongan yang harus dipersalahkan dalam isu ini. Hal ini kerana, ibu bapa adalah orang yang paling dekatdengan anak-anak mereka dan lebih menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka. Walaubagaimanapun, ibu bapa pada masa kini terlalu ghairah dalam mengajar kebendaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka tetapi tidak sedar akan implikasinya terhadap anak-anak mereka. Anak-anak yang mendahagakan kasih sayang daripada ibu bapa tertipu apabila tidak mendapatnya.Jadi, mereka cuba mencari keseronokan di luar bersama rakan-rakannya. Kelakuan mereka melebihi batas apabila tiada orang untuk mengawasi dan menghalang mereka.Tambahanpula,ibu bapa menggantikan kasih sayang dengan wang ringgit. Mereka memberikan wang saku yang lebih kepada anak-anak merek amenyebabkan mereka lebih cenderung untuk merokok dan menagih dadah.Jadi, ibu bapalah harus dipersalahkan dalam
    isu gejala sosial dalam kalangan remaja.

    SOALAN:
    Persoalannya mengapakah guru dipertikaikan oleh masyarakat dalam gejala sosial yang melanda negara kita?

    ReplyDelete
  13. Soalan1:Kita tidak dapat dinafikan bahawa remaja pada masa kini sering terjebak dalam gejalah sosial.Pada era matirialistik ini,kita hanya menumpukan perhatian terhadap rezeki kehidupan masing-masing.Sebagai rakyat Malaysia yang berinisiatif kita harus mengambil berat terhadap gejalah sosial yang berleluasa di kalangan remaja kita selai mementingkan diri sendiri.Kita tidak hairan apabila mengengar berita-berita berkaitan dengan gejalah sosial.Hal ini demikian kerana masalah ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan remaja pada masa kini.Terdapat beberapa punca berlakunya gejalah sosial.Antaranya adalah kekurangan kasih sayang,tiada perhatian ibu bapa,terpengaruh dengan rakan sebaya,sikap ingin cuba,bagi keseronokan diri dan sebagainya.Walaubagaimanapun pada pendapat saya,punca utama bagi gejalah sosial adalah kekurangan didikan agama.Perkara ini sepatutnya dihapuskan sehingga akar umbi agar dapat melahirkan golongan remaja yang mempunyai harga diri.

    Soalan2:Bak kata pemudi tiang negara pemuda harapan bangsa.Jelasnya bahawa betapa pentingnya pemudi dan pemuda bagi negara kita pada masa akan datang.Golongan remajalah bakal negara yang akan memimpin negara kita.Namun begitu,remaja pada masa kini sedang mengikut jalan yang tidak baik bagi kehidupannya.Terutamanya para pelajar pada zaman sekarang sering melibatkan dirinya dalam gejalah negatif.Hal ini dapat kita perhatikan melalui pergaulan seharian mereka.Pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan mereka sehingga mampu melakukan hubungan seksual tanpa mengetahui ertinya.Ini merupakan perkara yang amat bahaya dalam golongan remaja kita.Selain mendatangkan keburukan dari segi kesihatan, ini juga akan menjejaskan nama keluarga yang baik serta menjatuhkan maruah diri sendiri.
    Siapakah yang harus dipersalahkan dalam gejalah ini? Kita tidak boleh menjawab sewenang-wenangnya kerana semua pihak mempunyai peranan penting dalam isu ini.Jika lihat dari segi masyarakat,kita mengetahui bahawa ramai orang terlibat dalam gejalah sebegini.Ini juga merupakan salah satu punca pelajar terlibat dalam perkara sebegini.Disamping itu,pihak sekolah harus berwaspada terhadap perkara ini.Hal ini kerana para pelajar menggunakan pihak sekolah sebagai satu alasan bagi keluar dari rumah.Contohnya menipukan ibu bapa mereka dengan memeberitahu bahawa terdapat aktiviti di sekolah.Selain itu,mereka sering ponteng kelas dan keluar bersama orang yang tidak kenali sebelumnya.Tambahan pula,para ibu bapa juga sentiasa perlu memerhatikan langkah-langkah anak-anak mereka.Pada era moden ini,ibu bapa memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anaknya.Tidak salah memberi kebebasan tetapi ada batas bagi semua perkara.Mereka harus meluangkan masa bersama anak-anak selain mengejar masa untuk mencari rezekinya. Akhirnya,pihak yang amat penting ialah rakan sebaya.Para pelajar masa kini suka mengikut kata-kata rakan mereka walaupun mendatangkan bahaya dan kerugian pada dirinya.Sikap ingin cuba yang terdapat pada diri mereka menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
    Pada pandangan saya pihak yang berperanan penting dalam isu ini ialah pihak ibu bapa dan sekolah. Para pelajar meluangkan sebahagian masa mereka bersama ibu bapa dan guru-guru.Oleh hal demikian,hanya ibu bapa dan guru-guru sahaja dapat menanamkan nilai-nilai moral dalam diri seseorang pelajar.Para ibu bapa harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat didikan agama yang mencukupi.Walaubagaimanapun semua pihak harus berganding bahu untuk menghapuskan perkara sebegini di kalangan para pelajar.Jika nasi menjadi bubur susah untuk diperbaikinya.Oleh itu,sediakan payung sebelum hujan.

    ReplyDelete
  14. Soalan1:Kita tidak dapat dinafikan bahawa remaja pada masa kini sering terjebak dalam gejalah sosial.Pada era matirialistik ini,kita hanya menumpukan perhatian terhadap rezeki kehidupan masing-masing.Sebagai rakyat Malaysia yang berinisiatif kita harus mengambil berat terhadap gejalah sosial yang berleluasa di kalangan remaja kita selani mementingkan diri sendiri.Kita tidak hairan apabila mendengar berita-berita berkaitan dengan gejalah sosial.Hal ini demikian kerana masalah ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan remaja pada masa kini.Terdapat beberapa punca berlakunya gejalah sosial.Antaranya adalah kekurangan kasih sayang,tiada perhatian ibu bapa,terpengaruh dengan rakan sebaya,sikap ingin cuba bagi keseronokan diri dan sebagainya.Walaubagaimanapun pada pendapat saya,punca utama bagi gejalah sosial adalah kekurangan didikan agama.Perkara ini sepatutnya dihapuskan sehingga akar umbi agar dapat melahirkan golongan remaja yang mempunyai harga diri.

    Soalan2:Bak kata pemudi tiang negara pemuda harapan bangsa.Jelasnya bahawa betapa pentingnya pemudi dan pemuda bagi negara kita pada masa akan datang.Golongan remajalah bakal negara yang akan memimpin negara kita.Namun begitu,remaja pada masa kini sedang mengikut jalan yang tidak baik bagi kehidupannya.Terutamanya para pelajar pada zaman sekarang sering melibatkan dirinya dalam gejalah negatif.Hal ini dapat kita perhatikan melalui pergaulan seharian mereka.Pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan mereka sehingga mampu melakukan hubungan seksual tanpa mengetahui ertinya.Ini merupakan perkara yang amat bahaya dalam golongan remaja kita.Selain mendatangkan keburukan dari segi kesihatan, ini juga akan menjejaskan nama keluarga yang baik serta menjatuhkan maruah diri sendiri.
    Siapakah yang harus dipersalahkan dalam gejalah ini? Kita tidak boleh menjawab sewenang-wenangnya kerana semua pihak mempunyai peranan penting dalam isu ini.Jika lihat dari segi masyarakat,kita mengetahui bahawa ramai orang terlibat dalam gejalah sebegini.Ini juga merupakan salah satu punca pelajar terlibat dalam perkara sebegini.Disamping itu,pihak sekolah harus berwaspada terhadap perkara ini.Hal ini kerana para pelajar menggunakan pihak sekolah sebagai satu alasan bagi keluar dari rumah.Contohnya menipukan ibu bapa mereka dengan memberitahu bahawa terdapat aktiviti di sekolah.Selain itu,mereka sering ponteng kelas dan keluar bersama orang yang tidak kenali sebelumnya.Tambahan pula,para ibu bapa juga sentiasa perlu memerhatikan langkah-langkah anak-anak mereka.Pada era moden ini,ibu bapa memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anaknya.Tidak salah memberi kebebasan tetapi ada batas bagi semua perkara.Mereka harus meluangkan masa bersama anak-anak selain mengejar masa untuk mencari rezekinya. Akhirnya,pihak yang amat penting ialah rakan sebaya.Para pelajar masa kini suka mengikut kata-kata rakan mereka walaupun mendatangkan bahaya dan kerugian pada dirinya.Sikap ingin cuba yang terdapat pada diri mereka menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
    Pada pandangan saya pihak yang berperanan penting dalam isu ini ialah pihak ibu bapa dan sekolah. Para pelajar meluangkan sebahagian masa mereka bersama ibu bapa dan guru-guru.Oleh hal demikian,hanya ibu bapa dan guru-guru sahaja dapat menanamkan nilai-nilai moral dalam diri seseorang pelajar.Para ibu bapa harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat didikan agama yang mencukupi.Walaubagaimanapun semua pihak harus berganding bahu untuk menghapuskan perkara sebegini di kalangan para pelajar.Jika nasi menjadi bubur susah untuk diperbaikinya.Oleh itu,sediakan payung sebelum hujan.

    ReplyDelete