Pages

Sunday, July 24, 2011

ISU- ISU MORAL



 PELAJAR SEKOLAH SEDANG BERGADUH DENGAN CIKGU. PADA MASA DAHULU GURU SENTIASA DIHORMATI OLEH PELAJAR. KINI KENAPA PERKARA SEPERTI INI BERLAKU? SEBAGAI BAKAL GURU APAKAH PERSEPSI ANDA TERHADAP ISU INI? KALAU ANDA DI TEMPAT DI CIKGU INI, APAKAH TINDAKAN ANDA UNTUK MENGEKALKAN DISIPLIN DI SEKOLAH.

11 comments:

  1. Jawapan soalan 1

    Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja semakin berleluasa telah menjadi perbualan hangat masyarakat kini.Pada pandangan saya,ia berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya,sifat inkuiri atau sikap tertanya-tanya,sikap ingin mencuba dan pengaruh daripada media.Sebenarnya jika kita melihat dari sudut lain ,ianya terjadi mungkin disebabkan ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa.Iba bapa mungkin tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk anak-anak.Kebanyakan ibu bapa hanya mengejar kemewahan,mereka menjadikan kemewahan itu sebagai perkara utama dalam kehidupan sehinggakan terlupa bahawa mereka masih mempunyai anak yang sedang menunggu kepulangan ibu bapa mereka yang tersayang.Konklusinya,gejala sosial ini terjadi bukan atas kehendak remaja semata-mata.

    Jawapan soalan2

    Isu ada mengatakan bahawa pelajar kini terlalu bebas dalam pergaulan mereka.Mereka sama sekali tidak berasa segan silu dengan melakukan hubungan seksual secara bebas.Alangkah sedihnya ibu bapa yang mengetahui bahawa anak-anak mereka terjerumus dalam gejala maksiat malah tidak bermoral ini.
    Berbalik kepada soalan,siapakah yang harus dipersalahkan?Pada pandangan saya,semuanya terjadi disebabkan pegangan agama yang dipegangnya tidak utuh.Sikap inkuiri atau ingin mencuba sering bermain di fikiran mereka.
    Selain itu,mereka tidak dapat mengawal nafsu lalu berjinak-jinak dalam kegiatan yang tidak bermoral tersebut.Secara keseluruhannya,terjadinya pergaulan bebas ini bukan disebabkan masyarakat,sekolah,ibu bapa mahupun rakan sebaya tetapi kerana tidak mengawal nafsu dalam diri semata-mata.Seseorang yang mempunyai agama yang utuh dan mempercayai kewujudan Tuhan akan menjauhi amalan yang tidak sihat ini.

    ReplyDelete
  2. Soalan1-Gejala sosial di kalangan remaja semakin berleluasa disebabkan kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibubapanya.Dengan itu, ibubapa haruslah meluahkan masa untuk bersama anak-anaknya dan sentiasa memahami anaknya. Selain itu ,pengaruh daripada rakan sebaya juga menyebabkan gejala sosial di kalangan remaja berleluasa. Hal ini demikian,remaja kini mudah dipengaruhi oleh rakan sebayanya

    Soalan 2- Pelajar kini terlalu ‘open mind’, mereka menganggap melakukan hubungan seksual bukan kes yang salah. Pertama sekali ,ibubapa yang harus dipersalahkan sekali.Hal ini demikian,anak bagai sekeping kain yang akan dicorak oleh ibubapanya. Ibubapa tidak menjalankan tanggunjawabnya dan telah mengabaikan anak-anaknya dengan sentiasa sibuk dalam pekerjaan mereka . Ibubapa harus meluahkan masa untuk bersama anaknya. Selain itu, masyarakat harus dipersalahkan seterusnya,masyarakat tidak menjalankan tanggunjawabnya dengan baik. Hal ini demikian, masyarakat telah menberikan contoh yang negative untuk remaja masa kini. Disebabakan kurang mendapat perhatian daripada ibubapanya, pengaruh daripada rakan sebaya sangat mudah mengubahkan pemikiran pelajar. Pelajar harus menjauhkan dirinya daripada rakan sebaya yang tidak baik. Sebagai seorang pelajar haruslah berusaha menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melakukan hubungan seksual. Pihak kerajaan harus mengambil berat terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pelajar kerana pelajar ialah tiang negara pada masa depan .

    ReplyDelete
  3. LING BIN RU

    SOALAN 1

    Pada pendapat saya,pihak berkuasa dan kerajaan hendaklah bertanggungjawab sebagai aur dengan tebing untuk mengurangkan remaja terjebak dalam gejala sosial. Selain itu,pihak sekolah dan guru-guru perlulah menaruh perihatin dan dengan seberapa segera untuk megajar pelajar jadi seorang yang tepat.

    soalan 2

    Pada pendapat saya, orang yang harus dipersalahkan ialah pelajar difri sendiri. Hal ini demikian kerana pelajar kini sudah dipengaruhi oleh masyarakat barat dari media massa.Mereka selalu melibatkan dalam internet dan tv programme agar mereka menjadi tindakan terbuka. Walaupun pihak berkuasa juga harus dipersalahkan tetapi tindakan pelajar juga paling penting. Sesetengah pelajar mudah dipengaruhi oleh orang lain seperti rakan sebaya. Jikalau pelajar sendiri menpunyai tindakan yang matang dan pemikiran yang positif dan cukup agar pergaulan mereka tidak akan terlalu bebas.Selain itu,pihak sekolah dan ibu bapa perlulah menberi pengajaran dan ilimah kepada mereka menyampaikan maklumat yang tepat. Bukan itu sahaja, semua pihak berkuasa perlulah menyampaikan maklumat tentang keburukan hubungan seksual yang bebas.Hal ini demikian kerana jika hubungan seksual yang terlalu bebas dan dilakukan tiada hubungan sak mungkin menjebak dalam disease terutamaya AIDS.

    ReplyDelete
  4. LIM LI TING
    SEBAGAI SEORANG BAKAL GURU,SAYA AKAN MEMASTIKAN DAN SEDAR AKAN JARAK SAYA DENGAN ANAK MURID.SAYA TIDAK AKAN MELEPASI HAD KETEGASAN SAYA.
    JIKA SAYA TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN SAYA AKAN MEMINTA BANTUAN DARIPADA PEGETUA.SKIRAYA TIDAK DAPAT MENYLESAIKANNYA PIHAK SEKOLAH AKAN MELAPOR KEPADA POLIS

    ReplyDelete
  5. DARIPADA NG HUI YU F1F
    PADA PANDANGAN SAYA, PELAJAR MASA KINI MENGINGINKAN INTERAKSI DUA HALA DENGAN GURU DI SEKOLAH DISEBABKAN OLEH PENGARUH BUDAYA BARAT.NAMUN KEADAAN SEBEGINI BOLEH TERJADI KERANA PELAJAR TELAH MELAMPAUI BATASAN YANG SEPATUTNYA. MEREKA BERSIKAP BIADAP TERHADAP GURU MALAH SANGGUP MENCETUSKAN PERGADUHAN DENGAN GURU. SEBAGAI SEORANG GURU, SAYA AKAN MENYELAMI PERASAAN PELAJAR SUPAYA DAPAT MEMAHAMI PUNCA-PUNCA LAIN YANG MENYEBABKAN PELAJAR BERKELAKUAN DEMIKIAN.SAYA JUGA AKAN BERKERJASAMA DENGAN IBU BAPA PELAJAR DALAM USAHA MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH.SEKIRANYA CARA INI TIDAK BERKESAN, PIHAK SEKOLAH TRPAKSALAH MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PELAJAR TERSEBUT.JIKALAU MASALAH TERSEBUT MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN PIHAK POLIS AKAN DIMINTA UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM HAL INI.

    ReplyDelete
  6. WONG YE CHEN
    Hal ini demikian kerana pelajar kini kurang mendapat didikan agama. Sebagai bakal guru, di tempat cikgu ini, pada mulanya saya akan mengenal pasti dulu kenapa pelajar itu berbuat demikian dan mencuba mengtenangkan emosi pelajar itu dan memberi bimbingan kaunseling kepadanya. Namun, jika pelajar itu tetap tidak menerima nasihat dan terus bergaduh, saya akan mengambil tindakan dengan mengantung sekolah pelajar itu selama dua minggu.

    ReplyDelete
  7. Pelajar masa kini ketandusan nilai-nlai moral dalam sanubari mereka. Kebanyakan pelajar pada era globalisasi ini tidak lagi menganggap guru sebagai insan yang perlu dipandang tinggi. Mereka berpendapat bahawa segala teguran dan nasihat guru hanyalah leteran semata-mata. Jiwa pelajar yang rapuh mudah memberontak sehinggakan sanggup bertelingkah dengan guru. Sebagai seorang guru, saya akan cuba memahami dan bertolak ansur terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan. Demi mengekalkan disiplin di sekolah, saya akan memperketat peraturan sekolah yang sedia ada. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pelajar yang melakukan kesalahan serius. Kerjasama ibu bapa juga diperlukan dalam menangani masalah disiplin yang berlaku. Ibu bapa seharusnya dimaklumkan tentang kesalahan berat yang dilakukan oleh pelajar. Unit bimbingan dan kaunseling pula perlu mengadakan ceramah dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar.

    ReplyDelete
  8. LING NGIIK BINGM(F1F)
    Sebagai bakal guru ,saya akan bertenang dulu dan tidak akan bergaduh dengan murid itu . Kalau saya di tempat di cikgu ini,saya akan cuba menasihati pelajar yang bermasalah displin dan memberi peluang untuk mereka bergubah.kalau pelajar itu masih bermasalah displin ,saya akan menyerahkan pelajar itu kepada pengetua .

    ReplyDelete
  9. Ling bin ru

    pada pendapat saya, saya sangat kecewa.Tindakan saya untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak sekolah patutlah memberi perihatin kepada pelajar dan menberi kasih sayang kepada mereka.Kaunselor juga perlu cuba memahami apa masalah mereka dan menyelesaikanya.Hal ini dapat menghalang masalah ini belaku lagi di kawasan sekolah.

    ReplyDelete
  10. Lau Xin Yi

    Perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan kuasa guru dan keturunan kedudukan guru. Sebagai seorang bakal guru, perkara ini amat menyedihkan hati saya. Ibu bapa kini terlalu melindungi dan menyayangi anak mereka hingga tidak menbolehkan anak-anak mereka mengalami sedikit kecederaan. Setiap hari,di muka-muka suratkhabar, kita dapat melihat banyak ibu bapa mengaduan guru-guru kerana guru-guru telah merontankan anak mereka atau menegur anak mereka. Sikap ibu bapa ini telah memberi satu contoh yang buruk kepada anak mereka,iaitu guru mesti memenuhi sebarang kehendakkan dan keperluan mereka dan kedudukan mereka lebih tinggi daripada guru-guru.Tindakan saya untuk mengekalkan disiplin di sekolah ialah menukarkan cara saya mengajar dan melayan pelajar. Saya akan menggunakan cara yang lebih seronok dan menarik untuk mnegajar pelajar. Selain itu, saya akan merendahkan diri sendiri dan bergaul dengan pelajar supaya hubungan kita lebih erat.

    ReplyDelete
  11. Kekurangan pendidikan moral merupakan punca utama .Pendidkan amat penting bagi seseorang individu tanpa didikan moral dan agama,kita tidak dapat dihormati.Sebagai bakal guru kita perlu bertanya khabar.Bukan sahaja,guru perlu memberi kaunseling kepada semua pelajar.Ibubapa perlu bekerjasama dengan guru supaya guru dapat mengetahui tingkahlaku anak-anak pelajar.Ibubapa juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak tentang keadaan sekolah adakah selesa dengan suasana dalam kelas dan hubungan baik dengan kawan dan guru.Bukan sahaja,bakal guru perlu sentiasa bermuka ceria dengan pelajar walaupun kerja berat .Dengan ini ,pelajar akan sentiasa rapat,erat dengan guru.

    ReplyDelete